MILAN: Chelsea dilihat menempuh tugas getir berdepan Inter Milan, kelab bimbingan Jose Mourinho, dalam beberapa faktor apabila kedua-duanya bersaing pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah, peringkat 16 pasukan terakhir di San Siro awal pagi esok.
Mourinho memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris ketika menjadi pengurus kelab London itu ketika kedua-dua pasukan memiliki gaya permainan hampir sama.
Keazaman jurulatih kelahiran Portugal itu yang dilantik Chelsea sebelum meninggalkan kelab itu pada 2007, berada dalam kedudukan selesa di Inter dan ketika perlawanan Sabtu lalu sekadar seri tanpa jaringan dengan Sampdoria di mana dua pemain pendahulu Serie A itu dibuang padang pada babak pertama namun mereka memiliki peluang lebih baik.
Chelsea turut berada dalam tekanan di Wolverhampton Wanderers, Sabtu lalu tapi masih mampu mencatat kemenangan 2-0 untuk terus berada di puncak liga Perdana Inggeris dengan kelebihan empat mata.
Kedua-dua penjaga gol, Petr Cech (gambar) dari Chelsea dan Julio Cesar dari Inter Milan, sudah pulih selepas mengalami kemalangan kecil, menjadi antara penjaga gol terbaik dunia.
Mereka memiliki tonggak pertahanan terbaik walaupun terdapat masalah di posisi kiri dengan Cristian Chivu dan Davide Santon mengalami kecederaan manakala Chelsea, Ashley Cole diketepikan dan kedudukan Yury Zhirkov masih belum dapat dipastikan.
Pemain tengah, Javier Zanetti bakal mengisi tempat itu buat skuad dari Itali dengan seorang lagi pemain kaki kanan, Paulo Ferreira bersiap sedia untuk beraksi bersama pelawat.
“Lawan kami memiliki watak dari segi fizikal yang semula jadi dan beraksi dengan hebat. Saya amat memerlukan Zanetti di posisi tengah,” kata Mourinho yang digantung tiga perlawanan Serie A kerana kurang sopan.
“Jika Santon tiada, Zanetti beraksi di pertahanan kiri, terdapat perubahan pasukan membabitkan seorang pemain yang perlu saya fikirkan.” Tiga watak di posisi tengah dalam setiap pasukan kelihatan kukuh dan kedua-duanya memiliki perancangan utama dalam persaingan itu.
Frank Lampard yang kembali selepas diserang virus, hampir berhijrah bersama Mourinho ke Inter namun dia kekal seimbang dalam pasukan manakala Wesley Sneijder dilihat lebih tajam daripada pemain England itu ketika ini selepas enam bulan beraksi hebat di Itali.
No comments:
Post a Comment