Search This Blog

Pages

Sunday, November 14, 2010

perpisahan dengan senior.....

mugkin tiada sebarang majlis perpisahan untuk mereka, namun... kesedihanny masih dapat aku rasai.. sejak tahun 2006 lg hubungan persahabatan ini terjalin, dan kini perpisahan yg berlaku. mmg sukar untuk gmbrkn dengan kata2, satu perasaan yang sudah lama tidak aku dirasai. kali trakhir perasaan ini hadir ketika ingin berpisah dgn kawan2 ketika abes SPM dlu. ketika itu aku trtewas. linangan air mataku trtmpah tnpa aku sedari. kini perasaan itu datang lg.... aku tahu, mgkn inilah buat trakhir kali aku brjmpa dgn mereka. selepas ini mgkin tiada lg. kenangan pahit dan manis akan tersemat d kalbuku.

buat senior2ku... smoga kalian berjaya mnjd seorang guru yang berwibawa. gunakanlh bekal yg kalian kumpul d sini dgn sebaekny...

IGTLAH... SEORANG JURUTERA, ANGKASAWAN, ARKITEK, HAKIM, AKAUNTAN, PELAKON ATAU SEORANG PERDANA MENTERI SEKALI PON, SEJARAHNY BERMULA DARIPADA SEORANG GURU BIASA...

video

Thursday, October 28, 2010

Aku dah kawin skarang


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..



Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..



Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..



Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.



Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.



Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.



Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.



Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..



Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.



Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..



Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??



Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!



Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!



Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..



Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..



Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.



Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!



Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!



Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..



Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??



Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!



So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..



Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!



Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??



Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.



Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!



Aku buntu..



Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..



Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.



Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..



Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..



Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!



1 Julai 2007,



Buat suami yang baru kupunya,



Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku



Buat suamiku yang baru kupunya,



Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita



Buat suamiku yang baru kupunya,



Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,



Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa



Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..



Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.



*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..





Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?



4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?



Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.



Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.



Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.



“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”



Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..



Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..



Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

Monday, October 25, 2010

KHASIAT PELUK ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.



`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

Thursday, October 21, 2010

renung-renungkan...



ramai orang tidak mahu berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah...

TETAPI mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah...




pernahkah anda terfikir untuk berubah? jika jawapannya ya, pasti ada sebab atau tujuan kenapa anda perlu berubah... dan pastinya kita akan berubah untuk jadi lebih BAIK....

~~~segala-galanya ada d tangan anda... tentukan hidup anda =)

Monday, October 11, 2010

23.10.2010....


menyibuk atau sibukkah aku...
perlukan atau diperlukan aku...
serabut atau menyerabutkan aku...
tolong atau ditolongkah aku????

aku dalam dilema....
dilema antara dua...
dua darjat yang memisahkan..
memisahkan aku dan DIA...

bantulah aku...
tolonglah aku...
bimbinglah aku...
pimpinlah aku...

aku perlukan pertolongan...
pertolongan sebagai pedoman...
pedoman dalam hidup...
tentukan hidup anda....

Tuesday, October 5, 2010

ketentuan takdir....



PART 1

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Bibirnya menguntum senyum bila seseorang yang dinanti sejak semalam telah online!. Pantas hujung jarinya klik pada nick yang tertera..

Romeo: “Hi.. Juliet, how are U? dari semalam I tunggu U tau! Mana U pegi nih!?” laju jemarinya mengetuk papan keyboard menyapa pelayar disebelah sana.

Juliet: “Haloo... Sori I busy semalam dan ngantuk sgt! Lama ke U tunggu?” ringkas jawapan yang diberi.

Romeo: “Busy sgt ker? Sampai tak bleh nak online sekejap?”

Dia rasa macam tak puas hati. Geram pun ada.

Juliet: “Betul. I busy. Malam I pengsan! Tak bleh dah nak angkat mata!”

Romeo: “Bosan tau I semalam tak dapat chat ngan U.. frust!”

Juliet: “Aik, kan ramai chatters U bleh sembang? U kan Romeo? Kurang hilang U punya bosan..”

Romeo: “Tak sama mcm I sembang ngan U!.. yang lain tuh semua cam hampeh jer! Semua gedik! Nyamfah!”

Juliet: “Amboi, tak baik U nih suke rasa hati jer kutuk orang.. agaknya I pon U kutuk samakan?”

Romeo: “Tak. U lain! I like U!..”

Juliet: “Hmm.. ok arr Romeo.. I terpaksa out! my sister nak guna phone..”

Romeo: “Ala.. I blum puas lagi chat ngan U.. cam nak ngelat dari I jer?..”

Juliet: “Tak la. Sungguh sister I nak guna phone! Esokkan masih ada darling.. be cool bebeh.. (ikon kenyit mata) ”

Perghh ayat membunuh jiwa lelakinya!

Romeo: “U nih buat I…”

Senyumnya dah sampai ketelinga.

Juliet: “Buat apa?? Hah dah jangan nak pikir mcm2 arr.. Good Nite!”

Juliet: “Quit.”

Ceh! Dia ketap bibir geram.. Minah nih bisa buat aku jadi gila! Danial menggaru bawah dagunya yang gatal. Selalu Juliet meninggalkan dirinya dengan penuh tanda tanya dan membuatkan dirinya hari-hari rasa teruja!. Bagaimanakah rupa dia agaknya? Apa pekerjaannya? Berapa umurnya? Apa statusnya? Berbagai persoalan bermain dikepalanya. Gadis itu terlalu banyak berahsia dengannya. Arghh.. aku tak kira! Aku akan bongkarkan siapa dia sebenarnya!. Kemudian dia sengih macam orang sengal!


PART 2

“Sofea.. bungkuskan adik nih mee hoon goreng 2..” Dia pantas menurut arahan Kak Longnya.

“Sambal lebih kak..”

“Ok, RM2 jer..” Duit dan mee hoon bertukar tangan.

Pagi-pagi begini ramai pula pelanggan yang datang ke gerai Kak Longnya. Tak menang tangan Sofea dibuatnya.

“Cik.. nasi lemak sambal sotong satu! Sambal lebih! ”

Tanpa memandang wajah peminta, pantas tangan Sofea membungkus nasi lemak yang diminta.

“Berapa?” Mata pemuda itu memandang tepat kedalam anak mata Sofea. Berderau kejap darahnya.

“RM2.50..” Pemuda itu menghulurkan not RM1 tiga helai.

“Keep the change!” Pemuda itu kenyit mata padanya kemudian berlalu dengan kereta Alfa Romeonya.. memancar kilat colour orennya!..

Nakalnya dia.. gaya bleh tahan! Perghh debomb!! Memang tip top! Terpukau Sofea dengan reaksi spontan pemuda yang baru berlalu. Sejak akhir ini rajin pula dia tenguk pemuda itu membeli nasi lemak disini. Nak tenguk aku kot?? Dia dah mula perasan!

“Amboi.. gatalnya dia..” Tak semena pinggangnya diketil dari belakang!

“Apa ni Kak Long? Adoii.. sakit la..” Sofea mengaduh kecil. Berbisa sungguh sepit ketam yang baru dia terima.

“Cover sket .. awak tu perempuan..” Kak Longnya ketap bibir geram.

Sofea sengih. Dua tiga orang budak yang menunggu giliran senyum-senyum pandang dia. Ishh.. aku belasah jugak bebudak nih!

“Tu.. bungkus kueh koci RM1 bagi pada adik tu..” Kak Longnya mengarah.

“Yes, mem!.”

Wajah pemuda Alfa Romeo lenyap dari mindanya..


PART 3

Line connected..

Juliet: “Sorry ya?.. server slow!.. dimana kita tadi?”

Sofea sambung berchatting dengan Romeo. Dua tiga kali dia login internet. Agaknya time begini ramai yang bertenet! Pasal tu server lembab giler!

Romeo: “So k. hmm.. tadi kita bual pasal job.. Anyway Juliet. Boleh I ask U something?”

Juliet: “Ok..”

Romeo: “Bila U nak beritahu I tentang diri U yang sebenar? Tak pun U bagi no.phone U ker.. Boleh kita bual secara live di phone. Penat lah I asyik taip je.. I nak gak dengar suara U yang lemak merdu tu..”

Amboi.. amboi.. si Romeo nih! Sofea sengih.

Juliet: “U dah penat ker? Ok arr I out! Yer la siapa la kite ni kan?”

Sofea sengaja taip ayat merajuk.

Romeo: “Sorry!.. I tak bermaksud begitu. Kita dah lama chatting.. Kalau boleh I nak kenal diri U lebih dalam lagi.. I tak faham la.. Why U masih nak berahsia!. I bukan nak jaja pon no phone U atau apa-apa ttg U kat semua orang.. I ikhlas nak kenal U!”

Pergh!! Mamat nih.. serius semacam jer.. adoii..

Juliet: “Sori Romeo... Belum tiba masanya lagi. Sabar menanti ya?”

Romeo: “Juliet... please trust me!.”

Juliet: “SECRET!” .

Sofea ketawa mengekek. Agaknya mesti bengang gila si Romeo disebelah sana.

Romeo: “ Please Juliet.. I tak tahu kenapa.. Tapi I dapat rasa suatu perasaan aneh yang susah I nak terangkan bila chat dgn U.. I’m fall in love.. I love U Juliet!!”

Juliet: “WHAT??!”

Ayo mak kadawalei.. soram sojuk Sofea membaca ayat yang terpapar diskrin. Iee seramm!

Line disconnected.

Arghh.. malas Sofea nak login semula. Mesti Si Romeo bengang gila menunggu dia online semula. Entah iya entah tidak. Malas fikir panjang, Sofea off computer dan rebah atas katil. Bukan niat Sofea nak permainkan Romeo. Dia buntu!. Menerawang jauh dia memikirkan kata-kata Romeo. Ikhlaskah kata-katanya? Selama ini dia tidak pernah bertanya apa apa tentang diri Romeo. Wajah dia pun Romeo tak pernah lihat? Masakan Romeo punya perasan begitu padanya?. Adoii.. sakit kepala.. setakad ini bagi Sofea, cinta pada Romeo belum ada.. tapi suka tu ada.. err.. betul ker??.. senyuman Sofea melebar. Akhirnya dia dibuai mimpi.

PART 4

Juliet: “Offline”

Seminggu sudah berlalu.. Resah gelisah hati Danial menanti Juliet ke udara dalam laman cyber.. Dalam seminggu tu jugalah hidupnya serba tak kena. Penangan cintanya pada Juliet. Dia tak kisah siapa pun diri Juliet. Dia tetap terima. Cinta tak kenal siapa! Dan cinta itu sememangnya buta! Gabungan Romeo dan Juliet seakan serasi bagai sebuah kisah lagenda cinta sejati. Oh, Juliet sayangku.. jelmalah kau… fuhhh..

Juliet: “Online”

Yes!! Rasa nak melompat dia dibuatnya!.. Terima kasih Ya Allah!..

Romeo: “Hi Juliet.. why lama hilang? Marahkan I ker?”

Juliet: “Sori Romeo. I balik kampung. Tak la.. I tak marah U pun. Sebenarnya hari tu I terpukau tau!.”

Romeo: “I tau U gelak kat I.. mesti U ingat I nih crazy!”

Juliet: “I tak kata pun.. U yang selalu pikir bukan-bukan..”

Romeo: “Macam manalah I tak pikir bukan2.. U tu banyak berahsia dari I !! why balik kampung? Ada orang minang U ker?”

Tiba-tiba Danial disapa cemburu.

Juliet: “Tak la.. saja nak tenang fikiran…”

Romeo: “Tentang apa??”

Juliet: “Laa.. tentang kita la..”

Berdebar-debar jantung Danial.

Romeo: “Maksud U?”

Juliet: “Ok.. malam ni I nak buka kunci tentang diri I.. dan U pun kena buka identiti U yang sebenar! Amacam?”

Wajah Danial sudah melebar senyum.

Romeo: “Sure?? I takut U ngelat! U kan banyak agenda??”

Juliet: “Aik, tak percaye yer? So k.. I tak kisah.. terpulang..”

Romeo: “Ok.. ok.. I percaya..”

Tup! Black-out!

Arghhh… tensionnyaa aku! Kenapalah time begini letrik mati plak! Cisss… dush! dush! .. Danial gigit jari!


PART 5


“Sofea tempat yang kamu temuduga semalam tu apa cerita?”

“Dia kata akan call Abang Long.. entahlah.. harap dapatlah..”

“Kamu tu Pea.. sembahyang jangan patuk-patuk ayam.. minta doa dan petunjuk pada Tuhan agar mudah segala permintaan.. apa yang kamu nak.. rajinkan diri tu buat solat sunat.. Jangan nak bertenet jer kerjanya!” Kak Long dah start ceramah percuma.

“Iyalahh.. “

Adoii.. bisa berbisa telinga Sofea. Satu hari kalau tak kena ceramah percuma dari Kak Longnya tu memang tak sah! Macam manalah Abang Longnya tu boleh tahan dengan Kak Longnya itu?. Oppss.. lupa.. Abang Longnya tu ustaz sekolah rendah! Kekadang Abang Longnya juga dua kali lima juga dengan Kak Long!..

Sofea membantu mereka berdua memasukkan bekas-bekas jualan nasi lemak yang bersisa kedalam bonet Wira sedan Abang Longnya. Bila hari minggu Abang Longnya memang rajin datang menolong apa yang patut. Beruntungnya Kak Long!

“Kak Long dengan Abang Long balik dulu.. kamu jangan nak merayap tak tentu hala..”

“La nak merayap apa pula Kak Long? Kita menunggang la..” Sofea sengih. Ishh dia ingat aku ni budak kecik lagi ker?

Aik, apasal motor nih tak bleh start plak? Termegah dia nak menghidupkan enjin Krissnya. Tanpa sedar dia diperhatikan seseorang..

“Hi..” Terkejut beruk dia!. Nasib tak melatah.. kalau tidak jatuh sahamnya! Bila masa pulak mamat Alfa Romeo nih tercegat kat sini? Siap berpakaian sukan lagi tu. Lama dia tak nampak mamat nih!

“Err.. sori la bang.. nasi lemak dah habis! Datang besok ajelah!” Sofea cuba berlagak selamba. Perghh! Dalam hati tuhan aje yang tahu.

“So k.. kenapa motor tu? Tak boleh start ke? ..” Pemuda itu rapat kepadanya. Alahai.. cover cun...

“Entahlah.. kena angin kus-kus gamaknya!” Sofea cuba seloroh. Pemuda itu tersenyum. Ya Allah indahnya ciptaan Tuhan!

“Mari saya cuba..” Handle Kriss bertukar tangan. Sofea hanya memerhati kesungguhan pemuda itu mahu membantunya. Bertuahnya badan..

“Saya rasa plug dia haus kot! So, macam mana nih? Nak saya call pomen repair moto awak?..” Elelele.. baiknya dia..

“Err.. tak pelah.. thanks sudi bantu...”

“Oh lupa.. saya Danny!”

“Sofea..” Dia ukir senyuman.

“Ohh.. Sofea.. so sweet..” Memerah malu pipi Sofea dipuji begitu.. ceh! Saje jer dia nih buat aku prasan! Motor kriss dia kunci. Nanti biar Abang Longnya yang uruskan!. Dia ingin menapak pulang kerumah.

“Mari saya hantarkan..”

“Tak pelah.. segan saya nak naik keta mewah awak tu..” Kakinya sudah mula melangkah.

“Jangan segan.. saya bukan Ah Long, saya ikhlas nak tolong..”

Aik, siap boleh melawak lagi dia nih?

“Pleasee..”

Ishh.. dia ni.. Tanpa sedar kaki Sofea mencecah masuk kereta Alfa Romeo Danny! Adoii.. apa yang aku lakukan ini?.. Wahh, wanginya kereta diaa.. Ketika ini jiwanya seperti melayang-layang..


PART 6

Lama sudah Danial tidak mendengar berita tentang Juliet kekasih mayanya. Sejak berkawan serius dengan Manis dia tidak rajin online skype. Masanya lebih banyak tertumpu pada kerja dan Manis. InsyaAllah kalau tiada aral melintang pertengahan bulan Februari mereka akan mengikat tali pertunangan langsung menikah terus. Nama Juliet seakan telah hilang. Hari ini dia mahu berterus-terang dengan Juliet. Dia tidak mahu mempermainkan hati Juliet. Terpulang pada Juliet untuk menilainya..

Jam tepat pukul 11:30 malam. Danial sabar menanti kemunculan Juliet. Tiba-tiba..

Juliet: “Online”

Romeo: “Hi.. how are U?”

Juliet: “Fine.. TQ!”

Juliet: “Sori lama tak online..”

Danial garu kepala. Sepatutnya dia yang berkata begitu. Mungkinkah Juliet juga sudah lama tak online? Selepas peristiwa black out hari tu memang dia dah tak login internet. Selalu dia kena pergi out station. Memang tak ada masa nak bertenet. Kalau sempat pun check email jer.

Romeo: “So k.. I pun.. baru hari nih on air..”

Juliet: “I see..”

Romeo: “Hmm.. I ada berita nak beritahu U.. hope U tak marah..”

Juliet: “I pon.. I harap U tak kisah.. dan berlaku jujur dengan I.”

Romeo: “Ok.. U mula dulu..”

Berdebar jantung Danial saat ini.

Juliet: “Betul ker U cintakan I?”

Bulat mata Romeo membaca ayat di skrin. Dia teguk air liur.

Romeo: “Yup… tapi dulu.. sekarang tidak lagi.. Sori.. I tak bermaksud nak lukakan hati you.. permainkan U.. segalanya berubah setelah kemunculan dia.. kami dah nak menikah!”

Beberapa minit berlalu. Juliet tetap senyap tanpa balasan.

Romeo: “ I’m sorry..”

Lima minit berlalu lagi.. Ya Allah dia menangis ker? Danial semakin resah.

Romeo: “Juliet??”

Juliet: “Sori.. my sis panggil tadi.. So, U sekarang sudah ada special gurlprend la yer? Tahniah!”

Laa.. ciss, Danial rasa cam nak tumbuk dinding jer!!

Romeo: “U tak sedih?”

Juliet: “Nak sedih buat apa.. kira I terselamat! Dari mangsa buaya romeo U! Hehehe..”

Minah nih betullah buat aku gila!.. ker hatinya keras macam batu? Danial ketap bibir geram!

Romeo: “So, U macam mana sekarang?”

Juliet: “I pon macam U jugak.. Sori ya?.. I selalu usik U.. InsyaAllah I bakal jadi isteri orang tak lama lagi.. Doakan I ya?”

Romeo: “Aik?.. samalah pulak kita ya? So U tak mau buka secret key U pada I? hari tu waktu kita nak open identiti rumah I black out.. pastu bersambung dengan kerja out station.. tak free nak online..”

Juliet: “Haha.. sama ler.. apa ke halnyer kita nih asyik sama jer eh?”

Romeo: “Betul la I pun heran?.. kita dah serasi.. tapi jodoh tak adakan?.. mungkin perancangan Allah lebih sempurna dari apa yang kita rancangkan?..”

Aceceh.. ayat skema habis!

Juliet: “Yup.. so, U nak tau gak ker siapa I?”

Romeo: “Of course.. tak dapat buat bini, buat bestfriend pun ok! Lagi pun I tak ada bestfriend gurl..”

Juliet: “La.. gf U tu bleh buat bestfrend apa? Lagi akrab!”

Romeo: “Maksud I, selain dia I tak ada bf gurl yang lain! So, lekas arr.. dah tak sabar I nih.. tunjuklah picture sebenar U!”

Juliet: “Tak nak! Kita jumpa.. face to face! Ok tak?”

Amboi diaa.. Danial menguntum senyum. Oh la la.. Camna la rupa dia? Adakah seayu dan sebrutal Manis? Ishh tak sabar pula dia.

Romeo: “Betul nih? Kat mana kita nak jumpa?”

Juliet: “Ok.. pernah dengar Fatin’s Corner? Jalan persekutuan?.. Bandar XX?”

Romeo: “Oh.. God! I selalu lepak situ.. U duduk area situ ker?”

Juliet: “Tak.. esok I tunggu U kat situ tepat pukul 2! Jangan lewat!”

Romeo: “Bagilah no phone senang nak call U..”

Juliet: “Tak boleh.. selagi belum jumpa U, segalanya rahsia!”

Perghh!! Minah nih memang sentiasa buat aku teruja!.. Danial makin geram dibuatnya.

Romeo: “Macam mana I nak kenal U? mana tau U tipu I ker? I macam boleh baca jer apa yang ada dalam kepala U tu..”

Juliet: “Betul.. I tak tipu! Ok, I pakai baju kaler biru. Bertudung. Aiseh..my sis dah bising la.. Jumpa disana!”

Juliet: “Quit”

Erkhh?? Dia nih tak mau tahu ker aku nih orang yang macam mana?.. Haiya pusing kepala Danial memikir tentang Si Juliet!

PART 7

1:30 PM

Sofea debar menanti kemunculan Romeo. Sepatutnya hari ni dia keluar date dengan Danny. Semalam dia terpaksa berbohong dengan Danny mengatakan mahu keluar dengan Kak Long membeli kain langsir. Kebetulan Danny juga ada urusan. Wahh.. best tu.. line clear!. Sengaja Sofea pilih Fatin’s Corner sebagai tempat blind date dia dengan Romeo. Sekurang apa-apa hal yang berlaku.. Dia boleh selamatkan diri. Dia juga dah berpakat dengan Kak Leha pekerja FC!

“Mananyer budak Romeo kamu tu Pea? Tak sampai-sampai lagi..”

“Sabarlah Kak Leha.. belum pukul 2 pun.. ishh.. akak nih berdebarnya mengalahkan kita pulak!” Sofea membetulkan duduknya. Aduh.. apahal jantung dia berdegub kencang nih?

“Eh? Pea.. tu macam Danny jer?”

Tersentak Sofea bagai kena renjatan elektrik! Menunduk wajahnya diceruk dapur.

“Alamak.. Kak Leha macam mana nih? Matilah saya!” Seram sejuk jari jemari Sofea. Sungguhpun dia belum melihat Danny marah, tapi dia takut hari ini bakal mengundang kemarahan Danny!

“Kau ni pun satu Pea.. dah tau tempat nih kau dengan Danial selalu dating, awat pi ajak Si Romeo kau tu jugak kesini? Cari nahas jer budak nih!” Kak Leha geleng kepala.

“Tempat lain mana ler saya tau kak.. tempat ni jer yang saya rasa best dan selamat..” Sofea sengih.

“Iyolah selamat.. kejap lagi jadi Kassim Selamat!”

“Manalah saya tau dia nak datang sini.. semalam dia beritahu ada kerja lebih masa..” Sofea gigit jari. Sempat ekor matanya menjeling jam dipergelangan tangan lagi. Angka menunjukkan lagi lima minit hendak ke pukul 2 petang. Debaran jantungnya kuat terasa. Tenang.. tenang..

“Ok, dia dah pergi dah.. line clear..” Kak Leha kenyit mata.

Sofea cari tempat tersorok sikit dari tumpuan umum tapi dekat dengan tempat Kak Leha bekerja. Dalam pada beraninya dia ada gak terselit perasaan takut! Uishh.. sape tak takut weii.. mana ler tau Si Romeo tu perogol bersiri ker? Tak ker naya dia.. Nasib dalam FC ni hanya dia yang memakai baju kaler biru dan bertudung. Tak susah untuk Romeo mencarinya!

Kak Leha dah bagi isyarat kelip-kelip mata! Muka dia plak dah herot merot macam makan asam kecut.. apahal pulak Kak Leha ni? Kena sampuk ker? Sofea naik pelik bin ajaib! Erkhh.. dia dah sampai ker?

“Hi Juliet!”

Erkhh.. suara itu macam pernah ku dengar.. dia berpaling.. Makkk!! Hampir melompat Sofea dari tempat duduknya. Danny tercegat depan mata! Dia pun turut sama terkejut!

“Sofea?” Membulat mata Danny.

“Abang?.. err.. Romeo??”

“Sofea?.. Juliet??” Mulut Danny dah ternganga.

“Oh, my GOD!!..” Danny dah tepuk dahi! Sofea pula dah sengih sampai ke telinga.. Aduss.. kantoi la pulak!

“Oo.. inilah budak Juliet tu ye? Eii.. geramnya saya dengan Juliet tuh!” Pipi Sofea dicubit Danny.

“Sakitlah!”

Maka berlakulah adegan pukul memukul dan kejar-mengejar ala romantika de amor antara mereka berdua. Kemudian masing-masing terburai ketawa. Kak Leha yang memandang hanya geleng kepala.
~~~sekian....TAMAT...

Sunday, October 3, 2010

~~~Tanda-tanda sakit...

TANDA-TANDA SAKIT Risalah ini bagus untuk anda semua.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3.BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4.KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5.BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH :
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7.TELINGA:
Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8.KULIT Berpeluh
:
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9.RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10.KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11.KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaa

Thursday, September 30, 2010

Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?

jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.

Rajin-rajinlah MENYELONGKAR "Older post" saya yang suatu ketika dulu telah saya tuliskan dari awal...

jangan sekadar MENYELONGKAR statement yang dituliskan sahaja,TETAPI teruskan usaha anda MENYELONGKAR segala COMMENT yang tersembunyi di bawah STATEMENT tersebut...

Sudahkah anda merantau apa yang saya post sejak dari awal saya menjejakkan jari menaip di alam maya ini???Saya juga manusia lemah macam saudara-saudari sekalian juga,boleh jadi saya lebih teruk dari saudara-saudara sekalian....Tidak mustahil Allah s.w.t sengaja mengilhamkan kepada naluri saya untuk mengirimkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan kepada manusia melalui kemudahan teknologi,dengan harapan ada manusia dapat memahami dan segera membuat pembetulan....



KEPADA ANDA SEMUA YANG ADA SEBARANG SOALAN/KERAGUAN/KEMUSYKILAN/TIDAK BERPUAS HATI MENGENAI SALAM PERINGATAN INI,JEMPUTLAH COMMENT DI BAWAH INI...KERANA KAMI DI SINI MENERIMA KEHADIRAN ANDA...

Berapa ramaikah di kalangan anda menyahut salam peringatan saya sejak dari awal lagi?Berapa ramaikah di kalangan anda yang menganggap negatif terhadap salam peringatan saya ini sebagai BUKAN SATU TEGURAN TETAPI SATU SINDIRAN?Berapa banyakkah antara anda yang menyebarkan SALAM PERINGATAN saya?sungguh bergembiralah malaikat yang mencatat amalan kebaikanmu dan sedihnya malaikat tatkala mencatat amalan keburukanmu…



~~~walau apa pon yg berlaku, tentukan hidup anda.....

Monday, September 27, 2010

kehidupan...

~~~ dalam hidup ini kite kdg2 xleh bygkn ape yg akan berlaku pd mase dpn. laen yg kite rancang, laen yg berlaku.... sesuatu yg berlaku itu pasti ad hikmah d sebalikny, hany kite sbg insan yg lemah sentiasa buta dan alpa. hany mengejar duniawi yang penuh kepalsuan...


  

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku chord

Jangan disusun kata-kata penamat

Jangan disebut baris ayat keramat

Biar lenyap diserap sunyi

Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa

houwo~

Mari patahkan papan markah lama

Mari padamkan buku tiga lima

Biar luka sembuh sendiri

Biar lupa ditebas hari

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar

Dengan saku penyeluk masa houwo~

Kau dampingi aku

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda

Kecewa menyelubungi jiwa

Aku lupa

Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar

Dengan kasih memeluk rasa houwo~

Ku teringatkanmu

Setiap detik jantungku berdetak

Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita

Tolong ingatkan aku

Kisah ku tersedar

Dengan kasih memeluk rasa houwo~

Tolong ingatkan aku

Kisah kita






video