Search This Blog

Pages

Tuesday, March 22, 2011

draf kajian tindakan...

1. Tajuk Kajian Tindakan

-Penggunaan kotak Lattice untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan masalah pendaraban.

2. Nama penyelidik

-Rafiuddin bin Mohd Isa (S.K. Guar Jentik)


3. Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

3.1- Tinjauan masalah

Pada praktikum kali ini, saya mendapati masalah darab memang satu masalah yang paling ketara di kelas saya iaitu kelas 4 Jati. Terdapat murid yang tidak dapat menyelesaikan soalan darab terutama yang melibatkan darab dua angka. Kecelaruan bertambah pada peringkat pengiraan terutama yang melibatkan pengiraan yang panjang.

3.2-Analisis tinjauan masalah

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dibuat, murid keliru terhadap pengiraan yang panjang . Semakin banyak melibatkan nombor, semakin keliru murid-murid.


3.3- Fokus kajian
Bagi mengatasi masalah, saya telah terfikir untuk menggunakan kaedah Kotak Lattice. Kaedah ini sesuai kepada murid yang sukar menguasai cara mendarab dalam bentuk lazim yang selalunya memerlukan pengiraan yang panjang.  

4. Objektif kajian

Meningkatkan kemahiran mendarab melalui kaedah kotak Lattice

5. Soalan kajian

-Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan kemahiran mendarab murid?

6. Kumpulan sasaran

-Kajian ini akan melibatkan 21 orang murid Tahun 4 Jati, kesemuanya berbangsa melayu dan terdiri daripada 7 lelaki dan 14 perempuan.

7. Perancangan pelaksanaan tindakan

7.1 Perhatian dan temubual

Memerhati jalan kira yang dibuat murid serta mengadakan sesi temubual dengan murid

7.2 Pre-test dan post-test bagi mengumpul data.

1 comment:

  1. assalamualaikum..

    sy guru pelatih kat IPG sarawak. skarang ni final year n tgh buat kajian tindakan jgk..tjuk sy sama dengan tjuk awk..boleh x kongsikan mcm mana nak dapatkan literatur review untuk kaedah lattice ni?

    ReplyDelete