Search This Blog

Pages

Friday, March 5, 2010

cinta si dara dan si jejaka...


Pada hakikatnya mana mungkin perkataan cinta penuh ghairah nafsu boleh hadir tanpa suatu yang bernama ‘ucapan’. Selalu sangat kita dengar ungkapan 'I Love U' atau yang lebih Islamik sikit mengungkapkan kalimah cinta dengan 'Ana Uhibbuka/ki Fillah'. Ungkapan pertama mungkin hasil didikan Barat dan ramai di kalangan kita sama ada Islamic Student mahu pun mereka yang ada kesedaran agama jarang sekali terlibat dengan benda sebegini. Akan tetapi, ungkapan-ungkapan inilah yang banyak menjerat umat Islam ke dalam kancah maksiat dan dosa zina.

Namun, terkadang kali, kita juga ada mendengar ungkapan yang disarankan oleh Nabi saw dalam menzahirkan kasih sayang atas nama ukhuwah Islamiah disalah guna. Unjuran Nabi agar perkataan 'Ana Uhubbuka/ki Fillah' digunakan sesama jantina agar ikatan kasih sayang atau ukhuwwah Islamiah disemarakkan. Ini kerana keutuhan ikatan iman dan Islam adalah kemuncak hubungan selain daripada hubungan kekeluargaan. Namun hari ini, kita melihat ramai yang menangguk di air keruh apabila mengistinbatkan unjuran tersebut hingga membibitkan rasa ghairah cinta antara si jejaka dan si dara. Dalam sebuah pepatah Arab ada menyebut;

Mula-mula saling pandang memandang, kemudian melirik senyum seterusnya berani mengungkap kata "Hai Assalamualaikum, boleh berkenalan" dan akhirnya temu-janji dibuat.

Tidak dinafikan perasaan cinta antara si jejaka dengan si dara. Perasaan cinta ini adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah swt sebagai satu tanda kebesaran dan kemegahan-Nya. Disebut dalam sebuah hadis, Allah swt menurunkan hanya satu sahaja rahmat-Nya (kasih sayang) keatas muka bumi dan masih tersimpan sebanyak 99 untuk diberikan pada hari akhirat. Dengan hanya satu rahmat sahaja, manusia dan jin menginterpretasikan betapa besarnya perasaan belas kasihan, kasih sayang dan cinta sesama makhluk. Lembu dan itik yang tidak berakal mengetahui tanggungjawabnya terhadap anak-anaknya. Begitu juga dengan tumbuhan yang tidak berkaki, dapat mengalunkan daun dan rantingnya sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

Maka tidak hairanlah cinta dan perasaan yang terbenam dalam hati si jejaka kepada si dara, kerana cinta itu adalah milik Allah swt. Cumanya, dalam perhubungan sebagai seorang Islam, cinta itu harus dilandaskan kepada syariat Allah Taala. Percintaan antara si jejaka dan si teruna yang terlaksana atas dasar cinta semata-mata bukan kerana Allah akan berakhir dengan perit jerih dalam berumah tangga. Sering kali kita mendengar kalimah “saya cinta kamu kerana Allah” diungkapkan dengan mudah, sedangkan sekiranya kita jujur mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mengikut panduan Allah dalam bercinta. Bagaimana caranya? Mudah sahaja cara bercinta kerana Allah iaitu kembali kepada panduan yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw menjadikan Khadijah sebagai teman hidup baginda dalam keadaan baginda tidak keluar ber’couple’ atau men’cop’ si dia sebagai teman hidupku. Kaedah ber’couple’ dan meng’cop’ ini menutup peluang orang lain untuk mengenali seseorang itu dek terperangkap dengan cinta. Bahkan, setiap insan itu mempunyai ruang untuk bertaaruf (dalam erti untuk berumah tangga) selagi dia bukan isteri atau tunang orang. Namun, kaedah ini bukanlah jalan penyelesaian kepada cinta yang kita ingini.

Kadang-kadang kesian juga kita lihat orang yang sedang bercinta ini. Kesan yang utama yang dihadapi oleh orang yang berkasih-kasihan ni adalah rakan sebilik dah tidak diendahkan lagi. Tak kurang juga orang yang bercinta ini macam kera sumbang. Mungkin dia tidak merasa atau buat-buat tak endah tapi masyarakat sekeliling memandang orang bercinta ini hidup dalam alamnya yang tersendiri. Bezanya adalah dia masih hidup tapi seakan-akan zombie.

Dalam satu kisah, kesian kita lihat orang yang bercinta ini. Dah luah rasa sayang, maka terikatlah diri dengan buah hatinya itu. Entah kenapa seakan-akan menjadi satu kesalahan bila seorang kekasih ni terutamanya si jejaka berbual dengan si anak dara yang lain, pasti si dara, kekasihnya akan cemburu sakan. Tak kurang juga si jejaka bila menghadapi situasi yang sama!!!!

Peristiwa yang terjadi di alam percintaan ini, kadang-kadang agak menyakitkan hati si dara. Manakan tidaknya, ditindas oleh si jejaka. Pernah satu ketika dalam kuliah pada tahun 2000, di sebuah universiti. Seorang pensyarah menyakat seorang jejaka di barisan hadapan.

Pensyarah : Awak tak balik ke minggu ni? Tak bawa makwe ke?

Jejaka : Tak balik. Ish, encik. Saya mana ade makwe!!!

Aik terkejut juga bila mendengarnya. Sedangkan si jejaka ni dah heboh satu kampus ber”couple” dengan rakan sekelas sendiri. Bila disoal dengan soalan panas, terus dinafikan dirinya dah ber”punya”. Kesian kita lihat si dara senang ditindas. Tapi....jangan lupa, si dara tak kisah pun sebab dah sayang. Pada zahirnya jika difikirkan, inikah si jejaka yang akan menjadi penyeri rumah tangga? Apabila senang hati, bermadu kasih dan berbunga-bunga dengan si dara, bila dah tertekan terus dinafikan si dara.

Tidak hairanlah ramainya si dara ditinggalkan setelah dirosakkan oleh si jejaka. Si dara tak boleh persalahkan si jejaka kerana memang si dara terlalu mudah diperdaya dan murah pada pandangan si jejaka.

Akhir bicara, CINTA yang tidak dilandaskan kepada Allah ini telah banyak menjerususkan manusia ke lembah maksiat dan perzinaan. Tidak hairanlah sekiranya generasi akan datang akan terlebih hanyut dalam keruntuhan akhlak kerana cinta yang berputik, dari awal berkenalan hingga membina rumah tangga tidak diredhai oleh Allah Taala.

~~fikir2kan lah... tentukan hidup anda....

No comments:

Post a Comment